Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada bekas Ahli Parlimen yang tidak dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) supaya tidak mengambil langkah mengkhianati parti secara langsung atau tidak langsung.<br /><br />Menerusi catatan dalam akaun Facebook miliknya hari ini, Ahmad Zahid berkata jika ia berlaku, bermakna mereka tidak bersyukur selama ini menggalas jawatan lama atas tiket parti UMNO dan BN.